JAMIN MASA DEPAN PENDIDIKAN ANAK ANDA DENGAN SIMPANAN SSPN I PLUS

JAMIN MASA DEPAN PENDIDIKAN ANAK ANDA DENGAN SIMPANAN SSPN I PLUS – DIJAMIN 100% OLEH KERAJAAN

Tahukah dan sedarkah anda SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL I PLUS (SSPN i Plus) ialah satu Skim Simpanan Pendidikan terbaik yang ada di Malaysia kerana simpanan anda dijamin 100% oleh kerajaan. Skim ini bukan hanya sekadar akaun simpanan biasa namun ianya skim simpanan yang telah ditambah baik dengan adanya takaful.

Dengan hanya serendah RM1.00 sehari/RM30 sebulan pendeposit bukan hanya mendapat simpanan tetapi juga akan mendapat perlindungan sehingga RM40,000 di mana duit tersebut boleh digunakan untuk keperluan pendidikan anak-anak ataupun keperluan harian andai kata pendeposit dipanggil terlebih dahulu menghadap tuhan.

Secara amnya sekiranya pendeposit membuat simpanan RM1.00 sehari dalam akaun simpanan lain untuk tempoh 60 hari, nilai simpanan tadi hanyalah RM60 sahaja, namun dengan skim simpanan ini walaupun pendeposit baru membuka akaun simpanan dengan RM60 dan berlaku kematian kemalangan kepada pendeposit manfaat perlindungan kematian adalah serta merta sebanyak RM40,000 akan diberikan kepada anak ataupun waris, disinilah wang anda boleh berganda apabila ditimpa musibah.

Yang paling menarik lagi apabila pendeposit membuka 3 akaun simpanan anak dengan nilai RM30 sebulan untuk satu akaun dan berlaku kematian kemalangan kepada pendeposit gandaan akan diberikan untuk 3 akaun tersebut iaitu RM40,000 X 3 akaun simpanan = RM120,000 akan diberikan kepada anak ataupun waris.

Tetapi bagaimana pula sekiranya pendeposit meninggal dunia disebabkan kematian biasa? untuk kes kematian biasa, anak ataupun waris akan mendapat RM20,000 dengan skim serendah RM1.00 sehari/RM30 sebulan untuk satu akaun simpanan. Selain perlindungan kematian, pendeposit juga akan mendapat perlindungan 36 penyakit kritikal sehingga RM10,000Elaun kemasukan hospital RM20 sehari, Khairat kematian anak RM1,000 serta Khairat kematian pasangan sebanyak RM2,500.

Bukan manfaat perlindungan sahaja pendeposit juga akan menikmati ganjaran dividen simpanan tahunan serta pelepasan taksiran cukai simpanan sehingga RM11,000.

Di mana pula tuntutan boleh dilakukan sekiranya berlaku musibah kepada pendeposit? Tuntutan boleh dilakukan di cawangan PTPTN seluruh Malaysia.

Apabila tempoh matang, duit tadi beserta dividen boleh dikeluarkan semua untuk kegunaan pendidikan ataupun keperluan lain. Penutupan akaun juga boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa ada penalti ke atas pendeposit dan semua simpanan tadi berserta dividen akan dikembalikan kepada pendeposit namun manfaat perlindungan akan terhenti.

SSPN juga turut membuat cabutan-cabutan menarik dengan nilai wang tunai 1 Juta ringgit untuk dimenangi bagi tahun 2020 sebagai salah satu usaha kerajaan untuk memberi galakkan kepada ibu bapa untuk membuat tabungan pendidikan anak-anak.

Jom mulakan sekarang!!!  lindungi diri dan keluarga anda sekarang dengan simpanan ini kerana hidup ini adalah dalam ketidakpastian dan kita tidak tahu adakah kita masih bernafas untuk hari esok dan hari mendatang. “Mampukah si dia berdikari tanpa mu suatu hari nanti???”

Sediakan perlindungan pendidikan kepada anak-anak kita hanya serendah RM1.00 sehari agar anak kita dapat meneruskan kehidupan. Dengan manfaat perlindungan dan simpanan tadi dapatlah mereka gunakan untuk menyambung pendidikan di Universiti serta menjadi orang yang berguna kelak.

Kini akaun simpanan boleh dibuka secara online tanpa perlu datang ke kaunter mudah bukan!.

KLIK MAKLUMAT LANJUT SSPN I PLUS

Hubungi Live Chat SSPN i Plus untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut

KLIK MAKLUMAT LANJUT SSPN I PLUS

Posted in Uncategorized.

Leave a Reply

Your email address will not be published.