
Pertandingan Bento SSPN Chef Junior merupakan pertandingan yang disertai oleh kanak-kanak dengan pengawasan dan pemantauan ibu bapa/ penjaga. Aktiviti dekorasi makanan yang dihasilkan secara kreatif dan menarik haruslah dirakam dan dimuatnaik di Facebook mengikut terma dan syarat di bawah. Pertandingan ini dipertandingkan dalam 2 kategori berikut :-
- Kategori 1 : Peserta berumur 7 – 9 tahun
- Kategori 2 : Peserta berumur 10 – 12 tahun
Tempoh Pertandingan: 10 Oktober 2020 sehingga 18 Oktober 2020.
Cara Penyertaan:
- ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook PTPTN Negeri;
- Profil Facebook ditetapkan kepada “Public”;
- Memuatnaik video Bento SSPN Chef Junior ke laman Facebook peribadi dan menyalin URL video yang dimuatnaik;
- Mengisi borang penyertaan di http://bit.ly/BentoSSPNChefJr
- Peserta juga boleh menghantar softcopy video dalam bentuk file Mp4 ke pejabat PTPTN yang berhampiran;
- Peserta hanya dibenarkan menghantar satu (1) penyertaan sahaja untuk setiap individu yang menyertai pertandingan.
HADIAH
Kategori | Pemenang | Hadiah Tunai |
---|---|---|
Kategori 1 7 – 9 tahun | Pertama | RM300 x 1 pemenang |
Kedua | RM200 x 1 pemenang | |
Ketiga | RM150 x 1 pemenang | |
Keempat | RM100 x 1 pemenang | |
Kelima | RM80 x 1 pemenang |
Kategori | Pemenang | Hadiah Tunai |
---|---|---|
Kategori 2 10 – 12 tahun | Pertama | RM300 x 1 pemenang |
Kedua | RM200 x 1 pemenang | |
Ketiga | RM150 x 1 pemenang | |
Keempat | RM100 x 1 pemenang | |
Kelima | RM80 x 1 pemenang |