Penyata akaun SSPN kini tidak lagi dihantar ke rumah anda melalui pos. Untuk makluman anda, penyata akaun SSPN boleh disemak secara online selepas 48 jam pembukaan akaun dilakukan. 

CARA SEMAK PENYATA ONLINE /  PENDAFTARAN ONLINE

1. Klik link semak penyata yang terdapat di bawah. 
2. Klik pendaftaran Online E-SSPN-i/Prime bagi SSPN-i/Prime ATAU daftar pengguna baru bagi akaun SSPN Plus.
3. Masukan maklumat yang diminta semasa pendaftaran dan klik simpan atau daftar.
4. Semak email yang anda masukan semasa pendaftaran dan klik link yang diberikan oleh pihak SSPN/PTPTN untuk pengaktifan.
5. Masukan nombor kad pengenalan pendeposit dan kata laluan yang telah anda buat semasa pendaftaran.

Sila klik pautan di bawah untuk semakan penyata secara online.

[SEMAK PENYATA SSPN-i/PRIME]

[SEMAK PENYATA SSPN PLUS]

Pendeposit boleh membuat pengeluaran SSPN pada bila-bila secara online tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN.

CARA PENGELUARAN ONLINE

1. Mengisi permohonan pengeluaran SSPN secara online dan mengemukakan nombor akaun bank pendeposit(Akaun mestilah atas nama pendeposit dan bukan akaun orang lain atau akaun bersama).

2. Permohonan akan mengambil masa 3 hari waktu bekerja dan maksimum 14 hari sekiranya tiada masalah wang akan dikreditkan ke akaun bank pendeposit.

1. Mempunyai Akaun Simpanan daripada bank dan berdaftar untuk perkhidmatan perbankan elektronik.

2. Mempunyai Akaun Simpanan (SSPN-i Plus) di PTPTN.

3. Klik mohon Direct Debit SSPN-i Plus dan jiika belum daftar semakan penyata kali pertama mohon lakukan pendaftaran kali pertama dahulu.

4. Transaksi yang berjaya akan dikemaskini dipenyata simpanan dalam masa 3 hari waktu bekerja.

[MOHON DIRECT DEBIT SSPN-i Plus]