SSPN I PLUS

SSPN Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN Plus ditambahbaik daripada SSPN PRIME sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif. SSPN Plus mengguna pakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.
Ya. Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN Plus iaitu kontrak wakil dan kontrak pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).
SSPN Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu: Patuh syariah. Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM15,000.00 setahun. Komitmen serendah RM 30.00 sebulan. Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000.00. Tiada pemeriksaan kesihatan. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan. Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak. Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal. Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari. Layak memohon pinjaman PTPTN. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia. Simpanan dijamin kerajaan.
Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai umur 64 tahun layak membuka akaun untuk diri sendiri dan boleh membuka akaun untuk anak atau anak jagaan yang sah (mestilah juga warganegara Malaysia) yang berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun ini. Walau bagaimanapun bagi Pakej Berlian, bakal pendeposit perlu menjawab tiga soalan kesihatan yang terdapat pada borang pembukaan akaun. Jika terdapat jawapan YA bagi salah satu soalan, bakal pendeposit TIDAK LAYAK menyertai Pakej Berlian dan dinasihatkan untuk menyertai pakej yang lain.
Boleh tetapi bagi Pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam sahaja (tertakluk kepada terma dan syarat).
Ya, jumlah tuntutan bagi manfaat kematian biasa akan ditolak daripada tuntutan bagi penyakit kritikal. Namun begitu tuntutan bagi manfaat kematian disebabkan kemalangan tidak akan berkurangan walaupun pendeposit telah membuat tuntutan bagi manfaat penyakit kritikal.
Boleh. Pendeposit yang telah mempunyai akaun SSPN PRIME boleh membuka akaun SSPN Plus tanpa perlu menutup akaun SSPN PRIME.
Tidak boleh. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri hanya boleh mempunyai satu akaun sahaja dengan mana-mana pakej. Walau bagaimanapun, seseorang pendeposit boleh membuka banyak akaun untuk penerima manfaat yang berlainan (anak/ anak jagaan yang sah sahaja) bagi pakej yang sama atau berlainan, kecuali untuk pakej Berlian (hanya terhad kepada dua (2) akaun untuk seorang pendeposit atau perlindungan kematian/ ilat kekal (kemalangan) maksimum sebanyak RM2,000,000).
Ya. Penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun tetapi pembukaan akaun mestilah dibuat oleh pendeposit yang berbeza sama ada akaun dibuka untuk diri sendiri, dibuka oleh ibu atau dibuka oleh bapa atau dibuka oleh penjaga yang sah. Ini bermakna setiap penerima manfaat hanya boleh mempunyai maksimum dua (2) akaun sahaja.
Simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun adalah sebanyak RM1,000. Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan masih tertakluk dengan syarat baki minimum yang ditetapkan.
Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima selepas tempoh ihsan, maka akaun akan ditutup serta-merta.
Tidak boleh. Apabila penerima manfaat telah mencapai had umur yang ditetapkan, akaun akan ditutup secara automatik. Penerima manfaat hendaklah membuka akaun untuk diri sendiri sekiranya ingin meneruskan penabungan.
Sekiranya pendeposit bercadang menukar pakej yang lain, beliau hendaklah menutup akaun sedia ada terlebih dahulu dan membuka akaun yang baharu.
Tidak. Pendeposit boleh membuka akaun baharu tanpa perlu menunggu tempoh tertentu. Walau bagaimanapun, penyertaan semula dianggap baharu dan pendeposit akan menerima Sijil Takaful baharu dengan tempoh perlindungan yang baharu.
Akaun akan ditutup setelah mendapat makluman kematian daripada pendeposit. Pendeposit hendaklah mengemukakan dokumen lengkap untuk tuntutan khairat kematian
Tidak. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih bagi SSPN Plus dan SSPN PRIME hanya diberikan sehingga RM8,000. Walau bagaimanapun bagi akaun SSPN Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful sebanyak RM7,000, di bawah kategori pelepasan bagi insurans nyawa dan KWSP
Tidak layak. Jika berlaku kematian penerima manfaat, akaun akan ditutup dan semua keistimewaan akan terbatal.
36 penyakit kritikal adalah seperti yang disenaraikan di bawah: Stroke Heart Attack End Stage Kidney Failure Cancer Coronary Artery By-Pass Surgery Other Serious Coronary Artery Disease Angioplasty And Other Invasive Treatment For Major Corornary Artery Disease End Stage Liver Failure Fulminant Viral Hepatitis Coma Benign Brain Tumor Paralysis/ Paraplegia Blindess/ Total Loss of Sight Deafness/Total Loss of Hearing Major Burns HIV Due to Blood Tranfusion End Stage Lung Disease Encephalitis Major Organ/ Bone Marrow Transplant Loss of Speech Brain Surgery Heart Valve Surgery Terminal Illness Bacterial Meningitis Major Head Trauma Chronic Aplastic Anaemia Motor Neurone Disease Parkinson Disease Alzheimer’s Disease/ Irreversible Organic Degenerative Brain Disorders Muscular Dystrophy Surgery to Aorta Multiple Sclerosis Primary Pulmonary Arterial Hypertension Medullary Cystic Disease Severe Cardiomyopathy Systemic Lupus Eryhematosus with Lupus Nephritis
Manfaat takaful boleh dituntut serta-merta bagi kes kemalangan. Bagi kes selain daripada kemalangan, manfaat takaful akan dibayar selepas tamat tempoh menunggu seperti di jadual:
Berikut adalah senarai penyakit khusus: Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu sistem kencing dan sistem biliary Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele Endometriosis termasuk penyakit sistem reproduktif Gangguan spina vertebra (termasuk cakera) dan penyakit lutut
Tidak. Jawatankuasa Syariah Pengendali Takaful telah memutuskan agar tiada manfaat dibayar atas sebab bunuh diri.
Ya, selagi anggota beruniform tidak terlibat secara langsung dalam tugasan peperangan/ rusuhan, rusuhan awam sama ada diisytihar atau tidak.
Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dan diserahkan kepada pengendali takaful.
Waris boleh membuat tuntutan, walau bagaimanapun manfaat takaful hanya akan dibayar kepada waris yang sah sahaja.
Bagi kes kematian pendeposit, kaedah pemulangan simpanan dan pembayaran manfaat takaful oleh pengendali takaful adalah seperti berikut: Bagi jumlah simpanan atau manfaat yang kurang daripada RM3,000 – waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; atau Bagi jumlah simpanan atau manfaat takaful RM3,000 dan ke atas – Pengeluaran wang deposit dari akaun simati bagi baki semasa simpanan berjumlah RM3,000 dan ke atas (termasuk manfaat takaful dan dividen) dengan mengemukakan dokumen asal atau salinan: Geran Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).
Manfaat kematian akan dibayar bagi kelima-lima akaun. Contohnya, bagi kematian biasa, sekiranya kelima-lima akaun tersebut adalah akaun Delima, jumlah keseluruhan manfaat kematian yang dibayar adalah sebanyak RM100,000. Manfaat tersebut akan dimasukkan semula ke dalam akaun masing-masing dan bayaran kepada waris akan dibuat mengikut proses penutupan.
Tidak. Elaun kemasukan hospital tidak terhad dalam Malaysia sahaja. Elaun juga layak dituntut bagi kemasukan hospital di luar negara selagi kunjungan tersebut bukan atas tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, kemasukan hospital di Singapura dibayar bagi tujuan perubatan.