SSPN PRIME

SSPN-i merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’ bermaksud ‘mewakilkan untuk tujuan pelaburan.
Objektif SSPN-i adalah untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.
SSPN PRIME menawarkan pelbagai keistimewaan, antaranya: Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak / anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat; Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas; Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan; Pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pendidikan tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat; Simpanan dijamin oleh kerajaan; Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;
Boleh. Akaun SSPN PRIME boleh dibuka oleh sesiapa sahaja yang berwarganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas bagi memupuk sikap penabungan di kalangan rakyat Malaysia.
Syarat-syarat penyertaan SSPN PRIME adalah seperti berikut: Ibu / bapa / penjaga / individu yang ingin menjadi pendeposit dan / atau penerima manfaat kepada akaun SSPN PRIME mestilah warganegara Malaysia. Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, surat akuan berkanun atau sijil anak angkat hendaklah disertakan bagi menikmati keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan dan geran sepadan ke institusi pendidikan tinggi (jika layak). Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk diri sendiri. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk penerima manfaat yang sama. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari hingga sebelum mencapai umur 29 tahun. Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna, seorang penerima manfaat pada masa yang sama juga boleh menjadi pendeposit. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN PRIME bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.
Akaun SSPN PRIME boleh dibuka secara online dengan melayari laman web (www.sspn-online.com), di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik.
SSPN PRIME tidak menggunakan buku akaun. Walau bagaimanapun PTPTN akan menghantar Slip Akuan Pembukaan Akaun SSPN PRIME kepada pendeposit ke alamat yang didaftarkan sebagai bukti pengesahan pembukaan akaun SSPN PRIME.
Pendeposit boleh menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 atau mengunjungi cawangan PTPTN yang berdekatan untuk mendapatkan nombor akaun SSPN PRIME. Pendeposit juga boleh memohon untuk cetakan semula slip akuan bagi memudahkan urusan.
Tidak, pendeposit boleh membuka akaun dan menamakan mana-mana warganegara Malaysia yang lain sebagai penerima manfaat.
Pendeposit perlu mengisi dan melengkapkan Borang Kebenaran/ Penamatan Potongan Gaji Bulanan SSPN PRIME yang boleh didapati di kaunter PTPTN atau mencetak borang tersebut melalui portal rasmi PTPTN. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada majikan dan sesalinan kepada PTPTN.
Simpanan SSPN PRIME boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa.
Simpanan SSPN PRIME boleh dikeluarkan dengan cara berikut: Mengisi dan melengkapkan Borang Pengeluaran / Penutupan Akaun / Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakannya kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos. Borang tersebut boleh didapati di kaunter PTPTN; atau Pengeluaran melalui ATM di bank yang terpilih.
Tiada caj yang dikenakan oleh PTPTN kecuali caj yang dikenakan oleh ejen, sekiranya ada.
Proses permohonan pengeluaran deposit / penutupan akaun mengambil masa tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Boleh, pendeposit perlu membuat permohonan untuk bayaran balik pinjaman PTPTN melalui pindahan antara akaun dengan mengisi Borang Pindahan Deposit / Lebihan Bayaran Balik Pinjaman yang boleh didapati di cawangan PTPTN dan portal rasmi PTPTN.
Ya, pendeposit perlu membuat penutupan akaun atas nama penerima manfaat tersebut. Pendeposit mempunyai pilihan sama ada untuk menerima wang simpanan semasa membuat penutupan atau membuat pindahan wang simpanan ke akaun penerima manfaat yang lain.
Syarat tuntutan takaful bagi pendeposit yang telah meninggal dunia adalah baki simpanan mestilah RM1,000 dan ke atas dan berumur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh kematian. Waris hendaklah mengisi Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau di portal rasmi PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada borang tersebut. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos.
Bagi pendeposit yang telah meninggal dunia, waris hendaklah melengkapkan dokumen berikut berdasarkan jumlah simpanan SSPN PRIME semasa kematian: Kurang daripada RM3,000 Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan Salinan Mykad pendeposit Salinan Mykad pendeposit Salinan sijil kematian pendeposit Borang Pengesahan Waris Borang Bon Tanggung Rugi dan dimatikan Setem Hasil bernilai RM10 Salinan muka hadapan buku bank/ penyata akaun waris (akaun persendirian sahaja). Jumlah RM3,000 dan ke atas Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan Salinan Mykad pendeposit Salinan MyKad waris Salinan sijil kematian pendeposit Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet/ Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya/ Pejabat Tanah dan Daerah/ Amanah Raya Berhad/ pihak berkuasa yang diiktiraf Salinan muka hadapan buku bank/ penyata akaun waris (akaun persendirian sahaja) Dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pejabat PTPTN melalui serahan tangan atau pos.
Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN PRIME untuk manfaat anak diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa. Kategori kelayakan adalah seperti berikut: Taksiran Berasingan : Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 SEORANG setahun. Taksiran Bersama : Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun. Individu yang menyimpan untuk diri sendiri TIDAK LAYAK untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.
Geran sepadan memasuki IPT adalah insentif kewangan dalam bentuk tunai yang ditawarkan untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat tabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak. Pemberian geran sepadan bertujuan membantu keperluan anak-anak (penerima manfaat) yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.
Pemberian geran sepadan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: Pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) pendeposit tidak melebihi RM4,000 semasa permohonan dibuat. Penerima manfaat telah mendaftar masuk ke mana-mana IPT dan kursus yang diikitiraf oleh kerajaan di peringkat sijil dan ke atas. Penerima manfaat belum mencecah umur 29 tahun semasa permohonan dibuat. Jumlah keseluruhan geran sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 satu keluarga. Kelayakan pemberian geran sepadan hanya kepada pendeposit (ibu/ bapa/ penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak jagaan yang sah. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri atau mana-mana orang lain tidak layak memohon geran sepadan ini.
Pendeposit hendaklah mengisi Borang Pengeluaran/Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakan bersama dokumen berikut: *Pengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan penyata pencen/ salinan kad pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan. Salinan MyKad pasangan/ sijil kematian/ surat cerai. Salinan sijil kelahiran/ surat akuan berkanun/ sijil anak angkat penerima manfaat. *Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan resit bayaran daftar masuk ke IPT. *Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4). Sekiranya penerima manfaat mendapat tajaan pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen 4 dan 5 tidak diperlukan. Salinan buku bank persendirian pendeposit (jika ingin dikreditkan ke akaun) *dokumen 1, 4 dan 5 perlu disahkan
Permohonan geran sepadan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian penerima manfaat dengan syarat akaun SSPN PRIME semasa permohonan adalah aktif dan umur penerima manfaat belum mencapai 29 tahun semasa permohonan. Tuntutan geran sepadan selepas penutupan akaun tidak dibenarkan.
Ya, pemberian token bernilai RM100 akan diberikan sebagai dorongan dan penghargaan kerana menabung di dalam SSPN-PRIME.