Akaun simpanan ini juga akan terus kekal aktif walaupun ibu bapa tidak membuat penambahan simpanan melainkan arahan untuk menutup akaun atapun berlaku kematian. Disamping itu juga akaun ini membolehkan anak yang masuk Universiti membuat pinjaman di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menampung perbelanjaan di Universiti.
Selain itu juga SSPN i turut menyediakan perlindungan takaful secara percuma kepada pendeposit yang mempunyai baki simpanan RM1,000 dan ke atas serta berumur tidak melebihi 65 tahun. Perlindungan takaful ini merangkumi kematian pendeposit dan penerima manfaat serta keilatan kekal menyeluruh pendeposit. Sekiranya pendeposit mengalami keilatan kekal menyeluruh dan telah disahkan oleh pegawai perubatan, waris boleh membuat tuntutan takaful dengan mengisi Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau di portal rasmi PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada borang tersebut. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos.
Bagi cabutan simpanan tahun 2020 pula, SSPN telah menawarkan hadiah RM100,000 bagi tempat pertama, RM30,000 tempat kedua, RM10,000 tempat ketiga dan sagu hati RM500 bagi pemenang yang bertuah.
Jom mulakan sekarang buka akaun simpanan pendidikan anak anda hanya bermula serendah RM20 sahaja. “Mampukah si dia berdikari tanpa mu suatu hari nanti???”
Kini akaun simpanan boleh dibuka secara online tanpa perlu datang ke kaunter mudah bukan!.