RAHSIA PELEPASAN TAKSIRAN CUKAI

Sebut sahaja LHDN semua gerun dan takut bahkan ada di antara daripada rakyat Malaysia yang cuba menggelak daripada membayar cukai dan akhirnya tersabit kesalahan Peruntukan Di Bawah ACP 1967 sehingga disabitkan penjara tidak melebih 1 tahun atau membayar denda dalam jumlah tertentu mengikut kesalahan.

Tetapi masih ramai lagi yang tidak tahu bahawa terdapat cara yang sah untuk menggelak cukai dari sudut undang-undang Malaysia. Cara yang paling mudah ialah membuat simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Walaupun kaedah ini adalah cara yang paling mudah dan sah, namun kaedah ini hanya terpakai bagi mereka yang sudah mempunyai anak sahaja.

Kenapa anda perlu membuat simpanan di SSPN???  kerana jumlah pelepasan taksiran cukai simpanan adalah yang tertinggi di Malaysia iaitu mencecah sehingga RM8,000 hebat bukan!!!  Selain itu juga perlindungan takaful secara percuma akan diberikan ke atas pendeposit yang menyimpan RM1,000 ke atas dalam akaun simpanan SSPN i.

Yang lebih seronok lagi bukan hanya anda boleh dapatkan pelepasan taksiran cukai simpanan takaful percuma malahan anda juga boleh menikmati ganjaran dividen tahunan untuk simpanan tersebut,  wow biar betul!!!   Ya ini adalah betul dan berlaku.

Ramai dari kalangan tauke-tauke besar dan pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi mengetahui akan rahsia ini di mana mereka membuat pelaburan simpanan dan seterusnya membuat target Return of Investment (ROI) yang sangat efektif di mana mereka dapat pelepasan cukai, menikmati ganjaran dividen bahkan simpanan pula akan terus bertambah, secara tidak langsung berdasarkan teori kewangan SSPN ialah salah satu tempat pelaburan yang tiada risiko namun mempunyai pulangan yang tinggi.

Yang lebih menarik lagi SSPN  di bawah agensi kerajaan ini juga turut menawarkan Cabutan dan Hadiah Menarik untuk memberi galakkan kepada pendeposit di luar sana untuk terus membuat simpanan di dalam SSPN. Jadi apa tunggu lagi!!! inilah masanya untuk anda membuat simpanan pada hujung tahun ini. Pelepasan cukai serta hasil dividen pula boleh dituai pada awal tahun hadapan.

MUDAH BUKAN!!! TEKNIK YANG BETUL BOLEH MENGHASILKAN HASIL YANG BAIK BAHKAN ANDA TIDAK TERSABIT AKAN KESALAHAN UNDANG-UNDANG

Bak kata Jamaican Proverb – Save Money and Money Will Save You

Hubungi Live Chat SSPN untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut

Hubungi Live Chat SSPN untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut