Kelebihan dan manfaat SSPN i:
1.Skim ini tiada komitment bulanan dan para ibu bapa boleh membuat penambahan deposit/simpanan pada bila-bila masa sahaja.
2. Pengaktifan akaun serendah RM20 sahaja.
3. Simpanan dijamin 100% oleh kerajaan.
4. Dividen tahunan yang kompetitif akan diberikan kepada pendeposit/penyimpan.
5. Layak membuat pinjaman PTPTN, salah satu syarat untuk memohon pinjaman PTPTN wajib ada akaun SSPN.
6. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas.
7. Pemberian geran sepadan hingga RM10,000 bagi keluarga yang layak dengan syarat asas anak masuk Universiti.
8. Pelepasan taksiran cukai simpanan sehingga RM8,000 bagi mereka yang membuat simpanan di SSPN.
9. Satu anak boleh buka untuk dua akaun atas nama ibu dan bapa.
10. Simpanan dan penutupan akaun boleh dilakukan bila-bila masa tanpa ada penalti.
11. Layak memenangi cabutan SSPN i bernilai RM100,000