PENTING SILA ISIKAN KOD EKSEKUTIF PTPTN SEMASA PEMBUKAAN AKAUN SSPN PRIME: 000008949

PENGENALAN SIMPAN SSPN PRIME

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN i) telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dikalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi disamping menawarkan pelbagai manfaat keistimewaan seperti pemberian dividen setiap tahun, pelepasan taksiran cukai pendapatan, pemberian geran sepadan sehingga RM10,000, perlindungan takaful percuma serta khairat kematian.

Kini selepas hampir 17 tahun berada dipasaran, SSPN i telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia yang mula menyedari tentang kepentingan penabungan untuk anak-anak mereka. Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN i telah dikenali sebagai Simpanan Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.

 

JUMLAH PEMBUKAAN AKAUN SIMPANAN PRIME

Jumlah pembukaan akaun Simpanan Prime dari 2004 sehingga Julai 2021 adalah sebanyak 4, 346,433. Jumlah geran sepadan RM10,000 yang telah dikemaskini pada penyata dari 2005 sehingga Julai 2021 bagi akaun Simpanan Prime adalah sebanyak 2,072.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep “Wakalah Bil Istithmar” di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.

Syarat Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Ke atas Simpanan SSPN i:

Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan SSPN-i:

  1. Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;

  2. Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 seorang setahun;

  3. Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan

  4. Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.

Anggaran Jumlah Simpanan Terkumpul Beserta Dividen

 KEISTIMEWAAN SSPN I

   Simpanan dijamin kerajaan

   Kadar dividen kompetitif dan dikecualikan cukai pendapatan

   Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas

   Pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 berdasarkan simpanan bersih tahun semasa

   Pemberian geran sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak

   Layak memohon pinjaman PTPTN

   Simpanan boleh dibuat secara online atau di kaunter PTPTN seluruh negara

 

  Nota:

  * Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat kematian/ ilat kekal (RM ke RM) dan khairat kematian disediakan kepada pendeposit yang  
    layak dan berumur 18 hingga 65 tahun. Khairat kematian kepada penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun juga disediakan tertakluk
    kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.