
Peraduan Teka Dalam Tabung ini merupakan aktiviti dimana pelanggan perlu meneka jumlah wang yang terdapat dalam Tabung PTPTN. Slot ini akan bersiaran secara langsung di Facebook rasmi PTPTN.
Tempoh Peraduan: 15 Oktober 2020 (3.00pm)
Cara Penyertaan:
- Peserta perlu ‘Like’ & ‘Follow’ Facebook Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan Instagram dengan menggunakan akaun Facebook/ Instagram sah anda;
- Peserta dikehendaki komen jawapan di ruangan komen bersama dengan hashtag #SSPNTekaDalamTabung sewaktu Facebook Live tersebut dalam masa yang diperuntukan;
- Peraduan dijalankan sebanyak 4 sesi dengan jumlah wang yang berbeza dalam setiap tabung dengan setiap sesi berdurasi 15 minit;
- Peserta diberi hanya 10 minit bagi setiap sesi untuk meneka jumlah wang di dalam tabung tersebut;
- Peserta dengan jawapan yang paling tepat atau terdekat dengan komen terawal akan dipilih sebagai pemenang.
HADIAH
Kategori | Hadiah Tunai |
---|---|
Sesi 1 | RM100 x 1 pemenang |
Sesi 2 | RM100 x 1 pemenang |
Sesi 3 | RM100 x 1 pemenang |
Sesi 4 | RM100 x 1 pemenang |